Aqiqah & Korban

Pengenalan

Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu."

Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama". (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

Perbezaan Korban & Aqiqah

  • 1. Daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak. Manakala daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:
    "menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah." (maksud hadis)
  • 2. Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
  • 3. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya manakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
  • 4. Tempoh menyembelih ternakan korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih ternakan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan boleh dibuat pada bila-bila hari yang sesuai.
  • 5. Tuntutan melakukan ibadah aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan ibadah korban ialah setiap tahun hijrah.

KELEBIHAN KAMI:

Anda boleh membuat aqiqah dan korban bukan sekadar di Malaysia malahan di seluruh dunia khususnya Mekah bergantung kepada pakej yang kami tawarkan ketika itu. Dapatkan maklumat lanjut melalui wakil kami.

Whatsapp Kami