
SEJARAH AWAL
TIRAM TRAVEL SDN BHD memulakan perniagaan sejak tahun 1982 sebagai anak syarikat Johor Corporation. Berpengalaman menguruskan Umrah dan Haji, tempahan tiket ke seluruh dunia, Pakej Inbound dan Pakej Outbound serta pakej khusus mengikut permintaan pelanggan. Syarikat telah mengembangkan aktiviti bisnes kepada bidang pengangkutan dengan pembelian van, MPV dan bas persiaran.
Kami mempunyai 45 cawangan di seluruh Malaysia untuk memudahkan pelanggan membuat pertanyaan atau tempahan berhampiran dengan pelanggan. Kami disokong oleh pemandu pelancong (Tour Leader) yang berpengalaman dan anggota kerja yang berdedikasi untuk mengendalikan dan melayani pertanyaan.
Haji Shamsudin merupakan salah satu leader di dalam mengendalikan pakej-pakej umrah dengan pengalaman sejak 1982. Di bawah naungan Tiram Travel Sdn Bhd cawangan yang dimulakan oleh Haji Sham dan Hajah Hafizah Daud kini mempunyai 6 cawangan yang dikendalikan sendiri olehnya untuk memudahkan para jemaah Umrah melakukan umrah dengan lebih lancar dari mula daftar sehingga sampai di Mekah dan Madinah .
Cawangan Tiram Travel di bawah Haji Shamsudin & Hajah Hafizah

Bukit Katil, Melaka

Alor Gajah, Melaka

Kluang, Johor

Kota Tinggi, Johor

Gombak, Kuala Lumpur
